Agong zahirkan pandangan agar kerajaan tingkat usaha basmi kemiskinan

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan agar kerajaan mencari pendekatan memacu usaha membasmi kemiskinan dan mempercepatkan peralihan kepada negara rendah karbon.

Pandangan itu dizahirkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika sesi menghadap di Istana Negara, hari ini.

Istana Negara dalam satu perkongsian di laman Facebook, memaklumkan turut hadir dalam sesi berkenaan adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Saiful Anwar Lebai Hussein dan Timbalan Ketua Pengarah Makro (EPU), Dr Zunika Mohamad.

“Pada sesi menghadap ini, baginda berkenan diberi persembahan taklimat mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan.

“Baginda juga turut menzahirkan pandangan agar kerajaan mencari pendekatan untuk memacu usaha dalam membasmi kemiskinan dan mempercepatkan peralihan negara ke arah ‘low-carbon nation’,” menurut perkongsian itu. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Istana Negara

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights