Jangan alpa, patuhi SOP sambut Deepavali – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Keluarga Malaysia kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan Deepavali esok.

Ismail Sabri berkata, beliau pasti ramai penganut Hindu yang sedang sibuk membuat persiapan menjelang sambutan perayaan berkenaan esok.

“Pesanan saya adalah jangan sesekali kita alpa dalam menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga.

“Patuhilah SOP yang digariskan dengan tertib tidak kira sewaktu anda membuat persiapan mahupun ketika perayaannya nanti. Deepavali Valthukkal!,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kemeriahan Pesta Cahaya yang tetap dirasai walaupun rakyat kini hidup di dalam norma baharu.

“Inilah keindahan sebenar Keluarga Malaysia yang penuh warna warni.

“Perbezaan warna kulit dan pegangan agama tidak seharusnya memecahbelahkan, malah ia menguatkan lagi perpaduan dan keharmonian sesama kita,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights