‘Jangan dahului PM, Tok Mat’ – Shahidan

DATUK Seri Dr Shahidan Kassim mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mendahului Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung rundingan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menyatakan perkara itu selepas menerima maklumat ada pihak mendakwa rundingan berkenaan telah gagal.

“Saya dapat maklumat dari ketua pemuda negara dan pemimpin- pemimpin Melaka bahawa rundingan gagal.

“Ketua perunding ialah PM. Pengarah pilihan raya ialah Tok Mat. Belum kata apa-apa lagi, jangan mendahului mereka,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, pendekatan Perdana Menteri ialah tidak mahu berlaku pertembungan dalam PRN berkenaan.

“Kami menteri-menteri dan timbalan menteri akan bantu. Pendekatan Yab PM ‘TIDAK BERTEMBUNG’ terbaik. Kami sedang cari Tok Mat,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Shahidan berkata, Majlis Tertinggi Umno sudah memutuskan Ismail Sabri mengetuai pasukan perunding dan semua pihak perlu menghormatinya.

“Saya sudah hampir sampai Melaka. Saya akan beri perhatian pada semua. Tok Mat pesan tadi kalau apa terjadi dalam rundingan, musuh BN ialah PH. Musuh BN adalah PH.

“(Jadi) yang tidak datang Melaka berilah pandangan berpada-pada. BN hendak menang. Harap faham,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights