Seamangat muafakat PN utuh- Azmin

KEPUTUSAN PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan keutuhan gabungan itu.

Ketua Penerangannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ketetapan dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil kira panduan Majlis Syura Ulama itu mencerminkan semangat berkenaan.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PN, berkata untuk itu PN bertekad bersatu demi menjamin kestabilan kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara.

“PN bertekad untuk menggembleng kesatuan bagi menjamin kestabilan kerajaan serta kesinambungan pelaksanaan dasar dan inisiatif demi kemaslahatan sosio ekonomi dan kemakmuran negara.

“PN yakin dan percaya bahawa rakyat Melaka cukup matang dan bijaksana untuk mendukung wadah yang sentiasa menganjurkan perpaduan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Selasa lalu, Abdul Hadi memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas meluluskan penggunaan lambang PN dalam PRN Melaka.

Menurutnya, ketetapan itu mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang bersidang pada 31 Oktober lalu dan selaras dengan Peruntukan Fasal 84 Perlembagaan parti berkenaan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights