Sulaiman jadi KM Melaka sekali lagi jika BN menang – Tok Mat

DATUK Seri Sulaiman Md Ali akan dilantik semula sebagai Ketua Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara itu disahkan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu itu turut dikekalkan bertanding di kawasan berkenaan bagi menghadapi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Ini (Sulaiman) adalah muka lama dan penyandang kerusi Lendu. Beliau akan dilantik jadi Ketua Menteri jika BN menang PRN.

“Tapi beliau dan BN kena menang dululah, kalau tak menang nak jadi apa,” katanya berseloroh ketika mengumumkan senarai calon BN untuk PRN Melaka di PWTC di ibu negara hari ini.

Turut diumumkan sebagai calon ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang bakal bertanding di DUN Tanjung Bidara.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Ab Rauf tidak bertanding mana-mana kerusi DUN mahu pun Parlimen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights