3 calon muda PKR ada kekuatan tersendiri

TIGA anak muda yang menjadi taruhan PKR untuk bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memiliki kekuatan tersendiri.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir berkata pendirian serta ketegasan AMK membolehkan lebih banyak peluang dan potensi untuk anak muda mengorak langkah.

“Kita bukan cakap kosong, kita betul-betul buat!

“Moga kalian dapat lakukan yang terbaik dan buktikan kemampuan anak muda,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Tiga calon terbabit ialah Ketua Srikandi Keadilan Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir, berusia 21 tahun yang bertanding di DUN Sungai Rambai.

Selain itu, Ketua AMK Melaka, B Prasanth Kumar, 27, calon bagi kerusi DUN Rim serta Ketua Penerangan Cabang Masjid Tanah, Mohamad Asri Ibrahim yang berusia 35 tahun dan calon di DUN Lendu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights