MySejahtera mohon maaf

APLIKASI MySejahtera hari ini memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS) terhadap beberapa individu.

MySejahtera menerusi laman Twitternya, berkata pihaknya telah membaiki masalah berkenaan.

“Justeru, kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula,” katanya.

Ia susulan beberapa individu mendakwa status MySejahtera mereka telah bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini.

Malah ada sebahagian mereka mendakwa status MySejahtera kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan ‘helpdesk’ dalam aplikasi itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights