Penamaan calon DUN Pantai Kundor berpindah ke anjung sekolah

PENAMAAN calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Gelam, Tanjung Kling pagi ini, terpaksa diambil alih pasukan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Pegawai Pengurus (RO) Zukhairi Arun.

Ia berikutan, Zukhairi terpaksa dikuarantin dalam kenderaan bergerak SPR kerana kontak rapat seseorang yang dipercayai menghidap Covid-19.

Berikutan itu, proses penamaan calon terpaksa dilakukan di anjung sekolah itu berbanding pelan asal penamaan calon dalam dewan, lapor Berita Harian.

Pegawai SPR yang enggan namanya disiarkan berkata, pelan B penamaan calon terpaksa dibuat mulai petang semalam selepas Zukhairi dikesan sebagai kontak rapat seseorang yang dipercayai positif Covid-19 dan terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta ditempatkan dalam kenderaan berkenaan.

Tiga calon yang mengemukakan borang masing- masing ialah Datuk Nor Azman Hassan mewakili Pakatan Harapan (PH), Tuminah Kadi (Barisan Nasional) dan Mohd Rizwan Mustafa dari Perikatan Nasional (PN).

Kehadiran Zukhairi dalam kenderaan itu diperlukan untuk urusan menandatangani dokumen dan membuat pengunuman seperti waktu untuk mengemukakan borang dan seumpamanya. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights