POLIS sedang mengenalpasti suspek yang terlibat dalam kegiatan khianat membaling batu kepada kenderaan yang melalui Jambatan Bandar Darul Aman di KM32.6 Lebuh Raya Utara Selatan (U), Kedah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya mengesan satu hantaran video WhatsApp yang tular berkaitan kejadian berkenaan.
“Tular mengenai kejadian kenderaan dibaling bantu individu tidak dikenali ketika melalui Jambatan Bandar Darul Aman
“Dalam hantaran video tersebut yang dirakam melalui ‘dashcam’ kenderaan berkenaan, didapati beberapa ketul batu dibaling dari sebuah jambatan yang menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara itu dan memandang serius kejadian tersebut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti suspek kejadian kerana mempunyai unsur khianat.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Kubang Pasu di talian 04-9176999,” katanya. – Malaysiapost