‘Tauke besar’ juga perlu dibantu

[PARLIMEN] BANTUAN kepada ‘tauke besar’ dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah diperlukan kerana mereka juga terkesan dengan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, berkata ia bagi membantu majikan supaya tidak membuang pekerja semasa pandemik Covid-19.

“Kenapa ambil duit kerajaan untuk beri insentif ini kerana kita pun tak tahu kalau tak ambil duit kerajaan nak ambil duit siapa lagi.

“Kita kena ambil (duit kerajaan), bantu majikan dan pekerja supaya tidak ada pembuangan pekerja,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mempersoalkan penggunaan duit kerajaan dalam membantu tauke besar industri ekonomi gig.

Sebelum itu, Syed Saddiq mempersoalkan sama ada terdapat undang-undang supaya syarikat Grab Food, Food Panda, AirAsia Delivery membayar skim SIP kepada pekerja gig sendiri tanpa menggunakan duit kerajaan.

Katanya, langkah itu dilihat seolah-olah tauke besar yang disubsidikan, bukannya pekerja.

“Kerajaan sekali gus subsidikan tauke-tauke besar dan bukan memaksa tauke-tauke besar bantu pekerja ini. Kalau nak tambah bantuan tidak apa.

“Jangan ambil alih tugas daripada majikan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights