Harimau kumbang masuk perangkap di Batu Kikir

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan menangkap seekor Harimau Kumbang betina di Kampung Bayai Baru, Batu Kikir, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

Menurut PERHILITAN dalam kenyataan hari ini, tangkapan itu dilaksanakan dengan kerjasama penduduk kampung tersebut. 

“Harimau kumbang itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang di lokasi tangkapan sejurus menerima maklumat daripada penduduk kampung berhubung kehadiran hidupan liar berkenaan sejak 28 Oktober 2021 di kawasan terbabit,” katanya menerusi Facebook. 

Sehubungan itu, PERHILITAN memaklumkan harimau kumbang tersebut dipindahkan sementara ke Jabatan PERHILITAN Daerah Jempol. 

“Ia untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut oleh Pegawai Veterinar Jabatan dan kakitangan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak sebelum dipindah dan dilepaskan ke habitat sesuai. 

“Justeru, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi ini dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights