Takiyuddin positif Covid-19

Takiyuddin positif Covid-19

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang tidak hadir di Dewan Rakyat hari ini disahkan positif Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskannya ketika mewakili Takiyuddin menjawab soalan dikemukakan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai Harimau Malaya.

“Saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih dijangkiti Covid-19, saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pagi ini,” katanya.

Pada sesi pertanyaan lisan itu, Che Alias bertanya usaha kementerian memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus. – Malaysiapost

Komen