Mufti Pahang sokong Kedah haram kedai nombor ekor

Mufti Pahang sokong Kedah haram kedai nombor ekor

MUFTI Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyambut baik tindakan kerajaan Kedah yang akan mengharamkan operasi kedai perjudian nombor ekor 4D di negeri itu. 

Beliau berkata semua agama sememanya melarang judi bukan sahaja Islam kerana memberi masalah sosial termasuk mendorong seseorang melakukan jenayah berat.

Menurutnya, kegiatan itu juga boleh menyebabkan kehancuran keluarga kerana
berlakunya pengabaian nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak dan isteri.

“Tahniah saya ucapkan kepada Kedah kerana melarang dan mengharamkan kedai judi ini daripada beroperasi.

“Perkara baik sebegini juga boleh diikuti negeri lain kerana kita tahu banyak masalah sosial berlaku disebabkan judi,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini. 

Terdahulu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen perniagaan kedai nombor ekor dalam usaha menjadikan negeri itu bebas aktiviti perjudian.

Katanya, aktiviti perjudian menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dan tamadun, selain masalah hutang.

Google+ Linkedin

Komen