MAIWP sedia RM3 juta bantu 1,000 usahawan asnaf

MAIWP sedia RM3 juta bantu 1,000 usahawan asnaf

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM3 juta menerusi program Musa’adah Tijariyyah 2.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata ia akan membantu 1,000 usahawan dalam kalangan asnaf.

Katanya, sebelum ini melalui Musa’adah Tijariyyah 1.0, MAIWP telah menyalurkan RM3.17 juta kepada 1,057 usahawan.

“Inisiatif ini bertujuan membantu asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

“YaPEIM juga berkolaborasi bagi menjayakan Musa’adah Tijariyyah 2.0 MAIWP ini dengan menyediakan kursus Transformasi Minda kepada bakal usahawan menerusi Inspirasipreneur YaPEIM.

“Saya berharap dengan bantuan yang disalurkan ini dapat membantu para usahawan untuk terus bangkit dan berusaha,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen