Calon Ketua Menteri Melaka menang di Lendu

Calon Ketua Menteri Melaka menang di Lendu

CALON Ketua Menteri Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md Ali menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dengan majoriti 3,139 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.10 malam tadi, Sulaiman yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) memperoleh 4,393 undi.

Beliau mendahului pesaing terdekatnya daripada Pakatan Harapan (PH), Asri Ibrahim dengan 1,142 undi. – Malaysiapost

Komen