Dira tawan kerusi DUN Rim

Dira tawan kerusi DUN Rim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilaporkan menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Calon Barisan Nasional yang lebih dikenali Dira itu memperoleh 4,037 undi.

Dua lagi pencabarnya Azalina Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menerima 2,710 undi manakala B Prasanth Kumar daripada Pakatan Harapan (PH) dengan 2,163 undi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di kerusi itu menerusi calonnya, Ghazale Muhamad.-Malaysiapost

Komen