PRN Melaka: PAS, PKR kalah semua kerusi, pemimpin utama tewas

PRN Melaka: PAS, PKR kalah semua kerusi, pemimpin utama tewas

PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tewas di semua kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PAS yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) kalah di lapan kerusi termasuk di DUN Duyong yang mencalonkan Pengerusi PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek.

PKR pula kalah di 11 kerusi ditandingi atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan lebih buruk apabila gagal mempertahankan kerusi dimenanginya pada pilihan raya umum lalu antaranya Machap Jaya.

Dua nama besar PKR iaitu Ketua Penerangannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Akin dan Datuk Seri Idris Haron tewas, Shamsul Iskandar kalah di Paya Rumput manakala Idris di Asahan.-Malaysiapost

Komen