PRN Melaka: Reaksi pemimpin PH

PRN Melaka: Reaksi pemimpin PH

“PH hormati dan hasrat rakyat Melaka yang membuat keputusan ini, PH Melaka akan melihat kembali perkata kita laksana dan pada masa sama kita cuba memperbaiki segala ruang serta jentera PH.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari

“DAP memohon SPR untuk membuat pengiraan semula undi di kerusi Pengkalan Batu dan Duyong kerana undi rosak melebihi daripada majoriti dimenangi pemenang setakat ini (BN).

“DAP kalah di kerusi marginal dimenangi pada pilihan raya umum lalu kerana jumlah peratusan pengundi kurang jadi punca kita kalah.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke

“Kami tidak mahu membuat keputusan secara umum, lebih baik kami balik dan buat penelitian sama ada prestasi hari ini ada kaitan dengan penyertaan yang dua itu (Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan) dan bertanding atas tiket Pakatan Harapan.

Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution

“Dalam pertama kali kita bertanding dengan tidak boleh berjumpa untuk menyampaikan maklumat (halangan berkempen kerana Covid-19), ini keputusan yang kita terima (kalah).

“Keputusan pada hari ini semua kawasan luar bandar BN mendahului jauh.

Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu

Komen