Rafiq ketinggalan di DUN Telok Mas

Rafiq ketinggalan di DUN Telok Mas

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, setakat pukul 7.42 malam tadi.

Beliau yang menghadapi saingan empat penjuru ketinggalan dengan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4,749 undi.

Mohd Rafiq setakat pengiraan undi hanya menerima 3,148 undi sementara calon Pakatan Harapan (PH) Asraf Mukhlis Minghat menerima 2,642 undi.

Manakala calon Bebas Muhammad Ariff Adly Mohamad menerima 114 undi. – Malaysiapost

Komen