Tidak rasmi: BN peroleh majoriti dua pertiga, menang di 19 kerusi

Tidak rasmi: BN peroleh majoriti dua pertiga, menang di 19 kerusi

BARISAN Nasional (BN) dilaporkan memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila menang di 19 kerusi pada pilihan raya negeri itu.

Perkara itu diumumkan di Bilik Gerakan Utama BN yang mengumumkan kemenangan tidak rasmi gabungan itu.

Setakat jam 8.45 malam tadi, antara kawasan sudah dimenangi BN adalah Lendu, Tanjung Bidara, Asahan, Rim, Merlimau dan Durian Tunggal.

Pencabarnya terdekatnya iaitu Pakatan Harapan dilaporkan menang di empat kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) belum menang dan sedang mendahului di kerusi DUN Sungai Udang.-Malaysiapost

Komen