Tidak rasmi: Idris Haron kalah di DUN Asahan

Tidak rasmi: Idris Haron kalah di DUN Asahan

DATUK Seri Idris Haron yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan dilaporkan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Dalam hantaran di Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa calon BN, Fairul Nizam Roslan menang di kerusi berkenaan menewaskan Idris.

“Alhamdulillah seorang lagi wakil Pemuda iaitu Ketua Pemuda Negeri Melaka sendiri Saudara Fairul Nizam menang dengan majoriti besar di Asahan mengalahkan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron,” tulisnya sebentar tadi.

Idris antara empat Ahli Dewan Undangan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu.

Tindakan itu menyebabkan Kerajaan Melaka jatuh dan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.-Malaysiapost

Komen