Ustaz Kazim terkena penyakit ‘Ain’?

Ustaz Kazim terkena penyakit ‘Ain’?

PENDAKWAH terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mendakwa dirinya terkena penyakit ‘Ain’ iaitu pandangan mata yang disertai iri hati atau dengki.

Beliau lebih dikenali sebagai Ustaz Kasim berkata, kini keadaan kesihatan sedikit merosot kesan dari menahan sakit tersebut.

Katanya, disebabkan penyakit itu, perubahan fizikal yang ketara dialami dirinya adalah pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.

“Inilah dia, jadi tuan puan boleh tengok sendiri macam mana. Saya rasa wajah saya mungkin berubah 50 hingga 70 peratus daripada yang asal.

“Nampak lain kan? itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya, lihat mata dan hujung mata, lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam,” katanya menerusi ‘live’ di Facebooknya baru-baru ini.

Tambahnya, apa yang beliau alami sekarang mungkin disebabkan penyakit ‘Ain’ berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.

“Saya kini sedang menerima rawatan, jika masih belum sembuh juga, saya perlu mandi di sungai pada waktu Subuh sebagai usaha mendapatkan kesembuhan daripada penyakit ain.

“Ada yang bertanya penyakit ‘ain itu bahayakah? Rasulullah menyebut penyakit ‘ain ialah penyakit yang paling cepat membawa kematian. Ia bukan penyakit biasa,” jelasnya.

Sebelum itu, media melaporkan Ustaz Kazimmengalami kesakitan bengkak kaki dan betis kiri lebih dua minggu dan tidak menolak terkena buatan orang.- Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen