Sulaiman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka

Sulaiman angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka

Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13, tengah malam tadi selepas BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Majlis angkat sumpah Ketua Menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada jam 12.58 tengah malam.

Hadir sama pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak.

Istiadat itu dilakukan secara tertutup.

Presiden MCA memuatnaik majlis istiadat berkenaan di laman sosial Facebooknya.

Sulaiman, 55, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika BN menang.- Malaysiapost

Komen