Haqiem, Anis akui belum sedia timang cahaya mata

Haqiem, Anis akui belum sedia timang cahaya mata

PENYANYI popular, Haqiem Rusli yang baru melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hati, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri Jumaat lalu, mengakui masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata.

Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Haqiem berkata dia dan isteri ada berbincang mengenai perkara itu, dan mereka berpendapatan belum bersedia kerana masing-masing masih di usia muda.

“Bila bincang pasal anak ni, kami tak ‘ready’ lagi sebab Sofea sekarang umur baru 19 tahun dan saya pun baru 23 tahun,” katanya.

Jawapan Haqiem itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dan memuji perancangan penyanyi itu.

Malah ada juga antara mereka mengatakan seeloknya merancang dahulu sebelum bersedia menjadi ibu bapa.

Shasya Shamsui berkata: ” Good planning… belajar utk jd suami dan ayah insyallah semoga dipermudahkan.”

Amidala pula berkata: “Family planning is very important sebab nak jadi ibu bapa pun perlu ada ilmu.”

Jumaat lalu, Haqiem selamat disatukan dengan pasangannya Anis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, dengan mas kahwin RM300, manakala wang hantaran berjumlah RM100,000.

Di majlis resepsi, Haqiem turut melancarkan lagu istimewa yang dicipta bersempena hari bahagianya dan isteri berjudul Hitam Saksi Putih.

Majlis resepsi berkenaan juga berlangsung mengikut SOP dengan jumlah tetamu yang terhad. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen