‘Saya baik-baik sahaja’ – Janna Nick

‘Saya baik-baik sahaja’ – Janna Nick

PELAKON dan pengacara, Janna Nick kini dirawat di sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai lumba kereta Toyota Gazoo Racing Malaysia di Sepang, Sabtu lalu.

Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) Ke-34 itu dikatakan mengalami muntah beberapa kali semasa di berada dalam perlumbaan.

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 26, menerusi hantaran di Instagram memuat naik gambar sedang menikmati bubur sambil duduk di atas katil hospital.

“Saya baik-baik sahaja, tiruskan muka? Makan muntah, makan muntah. Tu la korang complain sangat kita gemuk,” tulisnya di hantaran itu.

Sebelum ini, teman lelakinya, Dini Schatzman dimasukkan ke hospital sehari selepas malam kemuncak, ABPBH 34 akibat demam dan jangkitan kuman.

Biarpun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai sakit dihadapi, Janna menerusi Insta Story membuka ruangan soalan bertanyakan berkenaan penyakit vertigo.

Kata Janna, selera makannya terganggu dan situasi sakit seperti itu tidak pernah dialami sebelum ini.

“Selalu kalau sakit, saya tetap kuat makan. Kali ini, baru kenal istilah tiada selera makan,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon Misteri Mona itu merasakan penyakit vertigo yang dihadapinya itu tidak ada kaitan dengan perlumbaan kereta kereta disertai tiga hari lalu.

“Saya akan menjalani ujian imbasan, harap-harap tiada apa-apalah,” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen