Tiket final Piala Malaysia dijual antara RM50 hingga RM150 

Tiket final Piala Malaysia dijual antara RM50 hingga RM150 

MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini menetapkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini antara RM50 hingga RM150. 

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata senarai harga tiket adalah mengikut empat tier bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium General Admission (RM80) serta Premium Grandstand (RM150). 

Menurutnya, harga tiket final kali ini sama seperti aksi akhir 2019 meskipun MFL menanggung peningkatan kos penganjuran dengan hanya 20,000 tiket diperuntukkan, mengikut kapasiti penonton dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Bagaimanapun katanya, MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah. 

“Selain itu MFL telah memohon supaya penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan kami berharap ia mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN,” katanya. 

Menurut MFL, orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi pautan www.tickethotline.com pada Sabtu, 27 November bermula jam 12 tengah hari. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen