GPS umum calon PRN Sarawak 4 Disember ini.

GPS umum calon PRN Sarawak 4 Disember ini.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) dijangka akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 4 Disember ini.

Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata GPS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan PRN yang akan berlangsung pada bermula 6 hingga 18 Disember 2021 seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita mungkin akan mengumumkan senarai nama semua calon secara langsung sebelum hari penamaan calon iaitu pada 4 November nanti.

“Kita sememangnya sudah bersedia dan kita di pihak GPS memang sudah menjangkakan bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum sambutan perayaan Krismas.

“Di pihak GPS sendiri, kita hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan semuanya telah kita sediakan,” katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pengenalan Sekolah Sri Mawar, di Permyjaya, hari ini.

Terdahulu, SPR mengumumkan 18 Disember ini sebagai hari mengundi bagi PRN Sarawak ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen