Sajat bakal muncul di The Ellen Show

Sajat bakal muncul di The Ellen Show

USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat mendedahkan bakal muncul dalam rancangan televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), The Ellen Show. 

Berita itu dikongsikan menerusi video pendek di Aplikasi TikTok menggunakan nama akaunnya @sajat.issa. 

“Sajat pergi US bulan satu, Januari. Sajat pergi Singapura pada bulan dua. Bulan satu Sajat pergi US untuk interview rancangan Ellen. 

“Ah kau tengok tu, semuanya schedule I dah macam ni dah. Lepas ni I terbang tau, nanti dah pandai bercakap bahasa Inggeris, lagi I terbang. Terbang tu kerjalah, kita kerja kan,” katanya. 

Sajat juga berkata, dia tidak bercadang untuk pulang ke Malaysia dan mendakwa berasa selamat, gembira dan bebas di Australia. 

Sebelum itu, Sajat membuat kemunculan dalam sesi temubual bersama BBC News, bagi menceritakan pengalaman hidupnya sehingga terpaksa berhijrah ke luar negara. 

Sajat kini menjadi buruan polis selepas bertindak melarikan diri kerana dikenakan waran tangkap selepas tidak menghadiri perbicaraan berkaitan kes penipuan pertukaran nama dan jantina, dalam kad pengenalan dan bersembunyi di Thailand dan akhirnya berhijrah ke Australia. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen