Ekspo Halal OIC cipta peluang besar kepada usahawan Malaysia

Ekspo Halal OIC cipta peluang besar kepada usahawan Malaysia

EKSPO Halal OIC ke-8 2021 memberi peluang besar kepada produk dan perkhidmatan usahawan Malaysia untuk menembusi pasaran global, kata Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata, acara kebangsaan itu adalah sebahagian tanggungjawab pihaknya bagi menyokong, mempromosi dan mencipta peluang untuk rangkaian perniagaan bermanfaat untuk semua usahawan yang menjadi ahli mereka.

“Kami bekerjasama dan menyediakan platform seperti ini untuk peserta mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di arena antarabangsa.

“Jadi, ekspo di Turki ini merupakan peluang besar untuk anda (usahawan) mencipta rangkaian komunikasi baharu dengan bakal pembeli atau pelawat antarabangsa,” katanya.

Sebahagian delegasi Malaysia yang menyertai Ekspo Halal OIC di Istanbul

Sementara itu, beliau turut menzahirkan  ucapan terima kasih kepada agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE),  Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corporation) atas sokongan dan kerjasama dalam membenar syarikat dan industri Malaysia menyertai Pameran di Ekspo Halal OIC ke-8 2021 di Istanbul sama ada secara maya atau fizikal.

“Sekali lagi, saya juga mengucapkan tahniah kepada My Events International yang  sekali lagi menyusun acara pengiktirafan bertaraf dunia yang cemerlang,” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen