Haram atlet skuasy ke Malaysia, Israel akan ambil tindakan mahkamah

Haram atlet skuasy ke Malaysia, Israel akan ambil tindakan mahkamah

PERSATUAN Skuasy Israel (ISA) akan mengambil tindakan perundangan jika pemainnya diharam menyertai kejohanan besar di Malaysia. 

Pengerusi ISA, Aviv Bushinsky berkata pihaknya akan mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke mahkamah timbang tara sukan jika perkara itu terjadi kepada pemainnya.

Beliau berkata, ISA menyifatkan keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel sebagai diskriminasi dan ia akan menjadi asas tindakan undang-undang yang bakal diambil. 

“Menjadi tanggungjawab kami melawan sebarang cubaan untuk mencampuradukkan sukan dengan politik,” katanya memetik laporan Jerusalem Post. 

Bushinsky berkata, negara yang dipilih sebagai tuan rumah kejohanan sukan perlu membuka pintu kepada peserta tanpa diskriminasi berdasarkan kaum atau politik.

Terdahulu, WSF dilaporkan pada 27 September oleh Persatuan Skuasy Malaysia (Sram), bahawa atlet Israel tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kejohnanan Skuasy Berpasukan di Pusat Skuasy Nasional di Kuala Lumpur bermula 7 Disember ini. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen