Harith Iskander gembira Sajat bakal muncul di ‘The Ellen Show’ 

Harith Iskander gembira Sajat bakal muncul di ‘The Ellen Show’ 

PELAWAK Harith Iskander gembira apabila mengetahui usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal dijemput dalam program bual bicara terkemuka Hollywood ‘The Ellen Show’. 

Menurutnya, dia teruja apabila mengetahui Sajat akan menjadi tetamu undangan dalam rancangan yang semamangnya menjadi kegemarannya itu.

“Apabila saya mendengar bahawa Sajat akan menjadi tetamu rancangan Ellen DeGeneres, saya harus tersenyum. 

“Seorang rakyat Malaysia akan duduk di sofa di sebelah salah seorang hos rancangan bual bicara kegemaran saya, kecuali saya tidak semua orang Malaysia akan menyokongnya,” catat Harith di Facebook.

Harith menambah, dia menyifatkan kisah Sajat yang dianggap memalukan di Malaysia menjadi punca dia dipuji di negara lain.

“Kisah dan situasinya yang telah membawanya ke tahap ini dan dianggap “memalukan” di sini adalah punca dia dipuji di tempat lain,” katanya. 

Harith turut menitip ucapan kepada Sajat dan berharap transgender itu dapat bertemu dengan anak-anaknya suatu hari nanti.

“Setelah bercakap dengannya secara peribadi semasa dia menjadi tetamu di #WhatsGoingOnMalaysia, saya hanya boleh mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dia akan disatukan semula dengan anak-anaknya suatu hari nanti,” katanya. 

Sajat yang pernah ditemuramah BBC News mendakwa ditindas dan menegaskan tidak akan pulang ke Malaysia. 

Dia kini menetap di Australia sejak 18 Oktober lalu selepas mendapat suaka politik. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen