Pajakan tanah di Langkawi ditamat secara sukarela oleh Tun M – Sanusi

Pajakan tanah di Langkawi ditamat secara sukarela oleh Tun M – Sanusi

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan tempoh pajakan tanah Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi telah ditamatkan pada 2018.

Beliau berkata, perjanjian pajakan tanah di mukim Padang Lalang antara bekas Perdana Menteri itu dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditamatkan atas permohonan Dr Mahathir sendiri yang dilakukan secara sukarela.

Menurutnya, notis penamatan dikemukakan kepada LADA pada April 2017 ketika Kedah ditadbir oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Berkaitan pajakan tanah seluas 13 hektar kepada Dr Mahathir pada 2014 yang tular, pajakan telah ditamatkan pada 7 Mac 2018.

“Tiada kesalahan apa pun yang dilakukan berkaitan pajakan itu mahupun ketika menamatkan pajakan, semua mengikut prosedur perundangan,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini 

Terdahulu, tular di laman Twitter mendedahkan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menerima pajakan berkenaan untuk tempoh 60 tahun bagi tujuan pembinaan hotel.

Pajakan itu diluluskan pada tahun 2014 ketika anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Turut diserakan dalam ciapan itu adalah surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LADA bertarikh 11 September 2014. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen