Pesawat pejuang Hawk akan diganti – Menteri

Pesawat pejuang Hawk akan diganti – Menteri

[PARLIMEN] KERAJAAN akan menggantikan pesawat pejuang Hawk secara sistematik seperti mana digariskan dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP55).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan juga telah memulakan proses penggantian dengan meluluskan perolehan baharu Fighter Lead In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) melalui Rolling Plan 1 tahun 2021.

“Tender Terbuka Antarabangsa bagi perolehan ini telah pun ditutup pada 6 Oktober 2021 dan kini dalam proses penilaian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Minggu lalu, seorang anggota TUDM terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.

Juruterbang yang maut adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan stabil.

Setakat ini 11 insiden melibatkan pesawat jenis ini sejak tahun 1994. – Malaysiapost

Komen