Pusat khidmat rakyat jadi tempat rehat penghantar makanan

Pusat khidmat rakyat jadi tempat rehat penghantar makanan

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baharu, Dr Muhamad Akmal Saleh mengambil inisiatif merakyatkan pusat khidmat rakyatnya dengan menjadikannya tempat rehat bagi penghantar makanan e-hailing.

Beliau ingin menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat rehat bagi penghantar makanan di kawasannya yang sebelum ini dilihat sering berehat di kaki lima.

“Alhamdulilah dapat satu kedai untuk dijadikan pusat khidmat dan juga tempat rehat untuk kumpulan ‘rider’ makanan.

“Insya-Allah bulan depan siap ubah suai dah boleh kita gunakan, lepas ni rider tak perlu lagi duduk dan baring di kaki lima kedai, kita bagi tempat selesa sedikit untuk mereka rehat.

“Kita akan merakyatkan pusat khidmat rakyat. Kurangkan birokrasi tingkatkan kualiti. Anak kampung untuk orang kampung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dr Akmal, 33, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Melaka dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin menang bergaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu, selepas memperoleh 5,632 undi dengan 3,248 majoriti undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Azrin Ab Majid (2,385) dan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Alim Shapie (1,622). – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen