Varian baharu Botswana lebih ‘mengerikan’

Varian baharu Botswana lebih ‘mengerikan’

KAPASITI penjujukan genom ke atas sampel kes Covid-19 perlu diperluaskan lagi bagi mengesan varian baharu yang dikhuatiri lebih ‘mengerikan’.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata pengawasan genom terutamanya pada sampel yang diambil dari pintu masuk antarabangsa perlu dilakukan.

“Adalah penting untuk mengembangkan kapasiti pengawasan genom.

“Malaysia melakukan jujukan genom menyeluruh pada semua sampel positif dari pintu masuk antarabangsa negara untuk mengesan varian,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media antarabangsa yang melaporkan para saintis memberi amaran tentang varian baharu Covid-19, Botswana dengan bilangan mutasi yang ‘mengerikan’. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen