Mohammadin Ketapi sertai Bersatu

Mohammadin Ketapi sertai Bersatu

AHLI Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi yang meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) baru-baru ini, telah diterima sebagai ahli Bersatu.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi.

“Mesyuarat Khas MPT Bersatu telah memperakukan dan menerima permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama, Datuk Mohammadin Ketapi sebagai ahli Bersatu yang baharu.

“Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, malah akan memberi manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili,” katanya.

Pada 29 Oktober lalu, Mohamaddin mengumumkan keluar daripada Warisan dan menjadi wakil rakyat bebas di Dewan Rakyat.

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu turut mengumumkan menjadi Adun Bebas mesra kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di DUN. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen