Subsidi haji masih diteruskan – Idris Ahmad

Subsidi haji masih diteruskan – Idris Ahmad

KERAJAAN tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kemudahan subsidi bagi ibadah Haji 2022.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad berkata, perkara itu belum diputuskan sebelum dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet.

“Setakat ini begitu (meneruskan subsidi haji kepada muassasah Tabung Haji).

“Tetapi keputusan muktamad belum bincang. Insyallah Tabung Haji (TH) akan beri penerangan kepada saya dan kemudian akan bawa kepada jemaah menteri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan 228 jemaah Umrah pertama AMAL, Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, kos menunaikan ibadat haji meningkat lebih 50 peratus.

Perkara itu menarik perhatian Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mencadangkan TH memberi subsidi haji secara bersasar kepada individu yang layak sahaja. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen