Rapatkan semula saf solat di masjid, surau – Asyraf Wajdi 

Rapatkan semula saf solat di masjid, surau – Asyraf Wajdi 

SUDAH tiba masanya untuk saf-saf solat di Masjid dan Surau dirapatkan, kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kebenaran untuk puluhan ribu peminat bola sepak memasuki Stadium Nasional di Bukit Jalil semalam dalam aksi final Piala Malaysia. 

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Asyraf Wajdi turut memuatnaik tangkap layar gambar sebahagian penyokong bola sepak yang berada di stadium menjelang perlawanan akhir tersebut. 

Menurutnya, orang ramai boleh mengambil sikap lebih bertanggungjawab dengan menjalani ujian kendiri Covid-19 bagi mengelak jangkitan kepada para jemaah di masjid serta surau. 

“Boleh buat saringan awal secara kendiri. Yang mana terdedah kepada mereka yang positif, mesti ada kebertanggunggjawaban kendiri, elakkan diri daripada ke tempat awam termasuk ke masjid,” katanya. 

Dalam aksi final Kuala Lumpur City menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, kira-kira 20,000 penyokong kedua-dua pasukan membanjiri Stadium Nasional dengan prosedur operasi standard (SOP). 

Antaranya penyokong perlu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta dilarang makan dan minum sepanjang berada dalam stadium. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen