Ini gabungan pemain terbaik Harimau Malaya – Hamidin

Ini gabungan pemain terbaik Harimau Malaya – Hamidin

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan barisan pemain Harimau Malaya yang akan membawa cabaran negara pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bermula Ahad ini, sebagai yang terbaik.

Ini kerana Menurut Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin skuad kali ini menggabungkan pemain muda, usia pertengahan, senior berpengalaman serta pemain warisan dan naturalisasi.

“Pemain-pemain yang ada ini saya anggap mereka sebagai yang terbaik menerusi gabungan pemain muda seperti Mukhairi Ajmal, Luqman Hakim dan Arif Aiman.

“Pemain pada usia pertengahan seperti Safawi Rasid, pemain senior berpengalaman seperti Aidil Zafuan, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi, pemain warisan seperti Dion Cools, Junior Eldstal dan Quentin Cheng serta pemain naturalisasi, Guilherme de Paula.

“Apabila anda sudah masuk ke dalam pasukan dan menyarung jersi Harimau Malaya, saya mahu semua pemain ini beri segalanya yang mereka ada dan fokus sepanjang kejohanan berlangsung,” katanya.

Hamidin menyatakan keyakinan 20 pemain yang berlepas dari Kuala Lumpur serta empat dari luar negara iaitu Junior Eldstal, Dominic Tan, Luqman Hakim dan Dion Cools sudah bersedia memikul tanggungjawab masing-masing dalam membawa nama Malaysia.

“Pentas Asia Tenggara ini sepatutnya tiada masalah buat mereka dan ingin saya tegaskan bahawa kali ini, kita mesti mengalahkan Vietnam bagi membuktikan Malaysia sebenarnya sama kuat dan hebat,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan membuka saingan Kumpulan B bertemu Kemboja Isnin ini diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember) bagi memburu dua tempat ke separuh akhir. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen