MAIWP agih RM587 juta wang zakat tahun ini

MAIWP agih RM587 juta wang zakat tahun ini

SEBANYAK RM587 juta wang zakat telah diagihkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula 1 Januari hingga 31 Oktober 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata ia diagihkan kepada asnaf dan penerima yang layak menerusi pelbagai skim bantuan.

“Terima kasih pembayar zakat. Moga Allah berkati hidup kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan oleh 18 syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) di ibu negara.

Idris memaklumkan sejumlah RM12,035,334.43 zakat korporat telah diserahkan kepada Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.

“Saya sentiasa mengingatkan kepada pihak MAIWP untuk turun padang membantu dan mencari para asnaf yang memerlukan,” katanya lagi. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen