Pembinaan Fasa 2 Projek Lebuh Raya Pan Borneo diteruskan – PM

Pembinaan Fasa 2 Projek Lebuh Raya Pan Borneo diteruskan – PM

KERAJAAN Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak telah merancang banyak projek pembangunan ekonomi bagi kemudahan rakyat di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia termasuk pembinaan Fasa 2 Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, dan penelitian untuk meneruskan pembinaan jajaran ‘missing link’ dari Persimpangan Kuala baram ke Sungai Tujog CIQ di Miri.

“Perancangan kita terhenti selama 22 bulan selepas perancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas. Bajet telah pun diluluskan untuk projek Fasa 2.

“Tapi apabila bertukar BN ke Pakatan Harapan (PH). Bajet itu dibatalkan. Sebab itu tidak dapat teruskan projek-projek Pan Borneo Higway, Missing Link, Red Line, dan sebagainya.

“Kalau tak berlaku pertukaran pasti akan diteruskan, Kerajaan Pusat melihat perkara ini penting untuk rakyat Sarawak bagi memudahkan perjalanan dan meningkatkan ekonomi,” katanya di Majlis Perasmian Pembukaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak di Serian hari ini.

Ismail Sabri berkata, kesemua perancangan yang dibuat kerajaan akan lebih mudah menerusi persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberi komitmennya bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk berbincang bagi meneruskan projek insfrastruktur di negeri itu.

“Kita tidak akan terhenti di sini, kita akan teruskan sehingga segala projek ini tercapai. Pandemik Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap pelbagai aspek kehidupan, namun dari segi positifnya saya melihat ekonomi digital semakin berkembang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kerajaan juga opitimis meningkatkan capaian internet di negeri itu dan menerusi program JENDELA kerajaan menyalurkan RM4 bilion bagi memastikan rangkaian internet lebih baik di Sarawak.

“Komitmen ini untuk dicapai sebelum hujung tahun 2022,” katanya. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen