Persidangan Dewan Rakyat ditambah sehari lagi

Persidangan Dewan Rakyat ditambah sehari lagi

MESYUARAT Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 2021 ditambah sehari lagi pada Isnin ini.

Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dibentang dan diluluskan.

Penambahan itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Ketua Majlis bersetuju menambah sehari lagi tempoh mesyuarat berkenaan.

“Ia selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada Isnin bagi membolehkan RUU Akta 342 dibentangkan dan diputuskan oleh Dewan Rakyat,” katanya hari ini. – Malaysiapost

Komen