Penghuni dakwa RKMAT Bukit Jalil banyak rosak, tidak selamat

Penghuni dakwa RKMAT Bukit Jalil banyak rosak, tidak selamat

RUMAH Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di Taman LTAT, Bukit Jalil dikatakan ‘indah khabar dari rupa’ kerana didakwa sudah terdapat kerosakan biarpun belum lagi diduduki.

Beberapa gambar yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan unit kediaman yang dikatakan sedia diduduki pertengahan bulan lalu mengalami kerosakan di bahagian jubin lantai.

Keadaan perabot yang rosak di Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT)

Menerusi gambar yang dikongsi jelas menunjukkan pemasangan jubin lantai yang tidak sempurna di ruangan hadapan kediaman itu, menyebabkan kepingan jubin tercabut dan bahagian tajam terdedah kepada penghuni.

Pemasangan jubin lantai yang tidak sempurna di ruangan hadapan kediaman itu, menyebabkan kepingan jubin tercabut dan bahagian tajam terdedah kepada penghuni.

Rungutan daripada penghuni mendakwa mereka bimbang untuk berpindah ke unit RKMAT tersebut kerana khuatir keselamatan ahli keluarga mereka berikutan keadaan beberapa bahagian yang tidak selamat.

Selain itu, perabot-perabot yang disediakan seperti katil juga telah rosak dan patah.

Situasi tersebut menjadi persoalan kepada penghuni unit RKMAT bagaimana kerosakan tersebut boleh berlaku sedangkan kediaman itu baharu sahaja siap dibina.

RKMAT Bukit Jalil dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 November lalu mempunyai 2,000 unit dapat memenuhi 85 peratus keperluan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lembah Klang.

Unit kediaman itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti perabot, perkakas elektrik, dewan serbaguna, gimnasium, surau dan beberapa unit kedai.

Seramai 52 anggota ATM dan keluarga mula menjalani pemindahan secara berperingkat ke RKMAT Bukit Jalil bermula 19 November lalu. – Malaysiapost

1 Comment

  • killtobekill

    ko post macam ni apa motif ko mat, kalau tak da source tu tak yah la ko nak fitnah orang.. adoi ni la dia ko pi suka post macam ni ko kena saman jap lagi baru ko buat mohon maaf, delete post ni eh aku terang2 aku cakap kat sini.

Komen