Penghuni flat uzur bakal diami kondo

Penghuni flat uzur bakal diami kondo

SEBANYAK 380 unit flat kos rendah di Taman Desa Aman, Cheras akan dibangunkan semula kepada 2,142 unit rumah gantian iaitu jenis kondominium yang lebih selesa dan luas.

Majlis perasmian projek pembangunan itu disempurnakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hari ini yang memaklumkan ia melibatkan pembangunan semula bangunan flat lama yang uzur dan sudah tidak lagi selamat diduduki.

Flat sedia ada hanya berkeluasan 500 kaki persegi dan mempunyai dua bilik manakala kondominium baharu yang akan dibina berkeluasan minimum 900 kaki persegi dan mempunyai dua bilik.

Projek pembangunan itu akan dilaksanakan oleh syarikat Desa Aman Avenue Sdn Bhd dan Desa Aman Hill Residence Sdn Bhd. – Malaysiapost

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan meninjau kerosakan di flat kos rendah di Taman Desa Aman
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menyerahkan sumbangan kepada seorang penghuni
Projek pembangunan itu akan dilaksanakan oleh syarikat Desa Aman Avenue Sdn Bhd dan Desa Aman Hill Residence Sdn Bhd
Timbalan Menteri Persekutuan merasmikan pembangunan semula flat kos rendah di Taman Desa Aman
Kondominium baharu yang akan dibina berkeluasan minimum 900 kaki persegi dan mempunyai dua bilik.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias
Google+ Linkedin

Komen