10 lokasi stesen pemindahan sampah pasca banjir di Selangor

Sharifudin Abdul Rahim

HAMPIR dua minggu selepas banjir luar biasa melanda Selangor pada 18 Disember lalu, kini kerja-kerja pembersihan giat dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama dalam proses pelupusan sampah pasca banjir.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) antara yang sibuk menjalankan operasi pengumpulan dan pelupusan sampah sisa banjir.

Sisa-sisa banjir yang dikumpulkan dari kawasan-kawasan yang terjejas dibawa ke Pusat Transit Sisa Banjir di Seksyen 34, Shah Alam.

Kemudian, lori dari syarikat yang diupah akan bawa pula sisa itu ke tempat pelupusan sampah, salah satunya di Sanitary, Jeram.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata terdapat 10 lokasi stesen pemindahan atau transfer station (TS) percuma untuk sampah pasca banjir.

Menurutnya, stesen-stesen berkenaan adalah masing-masing tiga di kawasan pentadbiran MBSA, Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), manakala satu di Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Beliau yang membuat lawatan ke Jeram Sanitary Landfill, semalam memaklumkan susulan banjir yang melanda Selangor baru-baru ini, tapak berkenaan menerima lebih kurang 1,500 tan sampah setiap hari.

“Tapak ini beroperasi 7 pagi hingga 11 malam. Kontraktor swasta yang membantu membersihkan sampah banjir digalakkan terus hantar ke sini.

“Sampah banjir tidak dikenakan ‘tipping fees’ buat masa ni,” katanya dalam satu ciapan di Twitter. – Malaysiapost

Sisa-sisa banjir di Shah Alam diangkut dan dipindahkan ke Pusat Transit Sisa-sisa Banjir di Seksyen 34 sebelum di bawa ke tempat pelupusan Selangor.

Google+ Linkedin

Komen