Covid-19: Hidup dengannya, atau dibelenggu dengannya

Covid-19: Hidup dengannya, atau dibelenggu dengannya

Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii

SEKIAN lama saya ingin menulis cerita pengalaman saya ke luar negara semasa Covid, bukan bertujuan mahu menunjuk-nunjuk namun ianya pengalaman yang harus dikongsi bersama, kupasan kepada sistem di luar Negara era Covid!

Dubai – Alexandria – Istanbul (September 2021) Perjalanan ke 3 kota besar ini adalah untuk menghantar anak saya belajar di Mesir, sambil mengambil peluang untuk melihat keadaan dunia luar selepas lockdown.

Dubai hanya menutup pintu antarabangsa selama 3 bulan sepanjang dua tahun Covid melanda dunia, untuk memasuki negara ini, kamu hanya memerlukan sijil Vaksin, mesti cukup 2 dos.

Mereka tidak mengamalkan penjarakan namun mesti memakai mask setiap masa apabila berada dalam kompleks namun ianya bukan satu yang dikuatkuasakan secara ketat.

Alexandria juga sama keadaan di Dubai tapi Alexandria ianya lebih bebas, tidak ada penjarakan malah penggunaan pelitup muka tidak langsung di mestikan, malah kebanyakkan warga mereka dan pelancong tidak menggunakan pelitup muka.

Mereka hidup seperti tiada Covid, walaupun rekod menunjukkan Mesir tidak ramai dijangkiti rata-rata pendapat perlu di darab dengan 10 kali dengan jumlah yang di laporkan.

Namun kehidupan mereka kembali seperti biasa, yang paling penting setiap rakyat mesti mendapatkan 2 dos vaksin.

Kota Istanbul, semasa kami sampai, mereka baru membuka pintu negara kepada pelancung, kedai-kedai mula buka, pelancung mula memasuki negara ini, berbeza dengan Dubai dan Alexanria, Istanbul menutup pintu negara agak lama, namun apabil pintu dibuka, rakyat mereka cukup yakin bahawa kehidupan mesti dijalankan seperti biasa, dengan vaksin 2 dos dan booster, mereka yakin ianya dapat mengawal dari jangkitan yang kronik dan kritikal.

Semasa di Istanbul, alang-alang sudah dekat dengan kota London, saya merancang untuk melanjutkan perjalanan, namun kota London masih ditutup, setiap pelancong mesti di kuarantin selama 5 hari, dan di europe, sistem Trafik Light digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan sesebuah negara, ada warna Green, Amber dan Red.

Negara-negara yang dikategorikan Red tidak akan dibenarkan masuk, Amber pula perlu menjalankan kuarantin dan Green boleh masuk dengan syarat 2 dos vaksin. Disebabkan sistem ini berkuatkuasa 4 October, tidak jadilah.

Perjalanan semasa musim coivid ini banyak menjimatkan, hotel-hotel diberikan discount sebanyak 50%-70%, penerbangan juga jimat. Makan juga dibungkus atau masak meggi, sekali sekala bolehla makan di luar.

Syarikat Pernerbangan tidak akan mengenakan penalti sekira jadual penerbangan kita perlu diubah, hanya menggunakan apps atau telefon untuk mendapatkan tarikh baru, tiket tidak akan di batalkan, namun penambahan mungkin dek kerana harga tiket pada waktu itu ada perubahan kerana kapasiti penumpang.

Setiap masa kita nak terbang merentasi negara, kita dimestikan menjalani ujian PCR, setiap PCR dilaksanakan 2 hari sebelum berangkat, ini adalah antara sebab kenapa syarikat penerbangan tidak megenakan apa-apa panalti sekira anda tidak muncul untuk menaiki pesawat.

Sekarang sudah memasuki tahun ke 3 kita hidup dengan Covid, rakyat Malaysia perlu dididik untuk menerima virus ini sebagai sebahagian dari kehidupan kita, virus ini tidak akan pergi begitu sahaja, dengan vaksin, kita juga perlu ada kesedaran untuk yakin dengan keberkesanannya.

Rakyat negara luar, mereka telah mengamalkan kepercayaan kepada kendiri, sekira ada yang dijangkiti, mereka diajar untuk menjaga diri dan kuanrantin kendiri agar tidak menjangkiti orang lain, tidak mempunyai sistem atau gelang tangan untuk mengawal mereka.

Mereka dididik untuk meletakkan tanggunjawab menjaga kesihatan diri dan orang lain dalam diri mereka sendiri.

Di pintu masuk KLIA, sistem Mysejahtera dan Sistem data kemasukan rakyat/ pelancong mesti di intrigasi, borang-borang tidak perlu lagi disini, data-data di dalam MySejahtera tidak lagi perlu di isi seperti tarikh dos pertama atau dos kedua, ianya sudah ada di dalam sistem, integratekan sekali dan pendekkan masa untuk memproses setiap kemasukan.

Kita mendapat banyak runguntan setiap kali Kerajaan mengubah dasar, setiap kali itulah di KLIA akan ramai yang menunggu sehingga berjam jam.

Kesedaran dan keyakinan serta amanah pada diri untuk menjaga jangkitan Covid amat diperlukan ketika ini, sampai bila kita mahu melanjutkan pemakaian gelang pink/putih, sampai bila kita nak update MySejahtera dan sampai bila kita nak memeriksa suhu badan setiap kali kita memasuki banggunan atau melakukan perjalanan keluar rumah.

Ianya semua terpulang kepada tindakan kita dan Kerajaan untuk mendidik dan mempercayai setiap rakyat Malaysia, dunia luar sudah lama membuka pintu Negara mereka, adakah kita masih lagi akan terus dengan SOP yang ketat, peraturan yang mengawal pergerakan kita?

Adaptasilah cara yang baik yang digunakan di luar negara untuk kesejahteraan bersama.

Penulis merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

(Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

Google+ Linkedin

Komen