MUIS kutip RM40 juta zakat perniagaan tahun lalu 

MUIS kutip RM40 juta zakat perniagaan tahun lalu 

BAHAGIAN Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengutip RM40 juta zakat perniagaan bagi tahun 2021. 

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, jumlah tersebut meningkat daripada tahun sebelumnya hasil usaha keras MUIS. 

“Kutipan zakat pada tahun 2020 adalah RM101 juta, sementara pada tahun 2021 kita berjaya mengutip RM117.8 juta. Ini menunjukkan terdapat peningkatan kutipan sebanyak lebih RM16 juta. 

“Penyumbang terbesar kutipan zakat di negeri ini adalah dari zakat penggajian iaitu RM48 juta, diikuti zakat perniagaan dengan jumlah RM40 juta. 

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada MUIS khususnya bahagian zakat dan fitrah kerana bergerak dari swmasa ke swmasa memberi maklumat serta kempen berkenaan zakat,” katanya kepada media di Istana Seri Kinabalu di Kota Kinabalu hari ini. 

Pada majlis itu, Kumpulan FGV Holdings Berhad diwakili Pengerusinya Datuk Dzulkifli Abdul Wahab menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,226,291 kepada Yang Dipertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin. 

Majlis tersebut disaksikan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar. – Malaysiapost

Komen