Jasmine Suraya malu lihat babak ranjang lakonan sendiri

Jasmine Suraya malu lihat babak ranjang lakonan sendiri

PELAKON Jasmine Suraya mengakui malu melihat babak ranjang lakonannya dalam drama terbaru, Villa Kristal.

Namun pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia yang membawa watak Angel dalam drama itu telah sedia untuk menerima kecaman netizen.

Katanya, dia tidak kisah sekiranya dikecam ramai kerana sudah memberikan komitmen penuh bagi menjayakan watak Angel.

“Jujur ini kali pertama saya bawakan babak ranjang sepanjang karier saya sebagai pelakon. Masa awal-awal dapat skrip, saya terfikir dua kali nak terima atau tak.

“Tapi memandangkan ini naskhah hebat arahan Kabir Bhatia dan mungkin tidak akan ada lagi peluang begini, jadi saya terima sahajalah. Jika dah setuju, bermaksud saya juga sedia untuk dikecam,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Jasmine menambah, dia turut berasa malu dan takut ketika pertama kali menonton sendiri babak ranjang yang dilakonkan itu.

“Bila tengok balik rasa macam tak percaya pun ada. Tertanya sendiri betul ke itu Jasmine Suraya yang bawakan.

“Babak tersebut mungkin agak ‘cringe’ bagi sesetengah penonton wanita, tapi sebenarnya tiada pun sentuhan melampau antara saya dengan pelakon lelaki iaitu Alvin Wong.

“Pengarah gunakan camera trick (teknik kamera) yang sesuai dengan babak. Selepas disunting untuk ditayangkan, penonton akan nampak ia seperti babak intim kami berdua di atas ranjang,” katanya.

Selain Jasmine, drama yang mendapat sentuhan Jason Chong itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Tiz Zaqyah, Mawar Rashid dan ramai lagi. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen