PAU 2021 berlangsung 16 hingga 19 Mac

PAU 2021 berlangsung 16 hingga 19 Mac

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2021 akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac depan. 

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, bersetuju menetapkan tarikh tersebut susulan PAU 2021 yang sepatutnya diadakan pada bulan ini terpaksa ditunda berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini. 

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PAU 2021 tidak akan diadakam secara hibrid seperti PAU 2020 yang lalu. 

“Kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian akan dijemput untuk menghadiri PAU 2021 dan tidak akan diadakan secara hibrid. 

“Kesemua lima orang bagi setiap sayap juga akan menghadiri PAU masing-masing kali ini. 

“Walaubagaimanapun SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakkan, penggunaan pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, sanitizer dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen