Peluang JDT lunas dendam, jumpa KL City Piala Sumbangsih

Peluang JDT lunas dendam, jumpa KL City Piala Sumbangsih

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berpeluang membalas dendam kekalahan kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam final Piala Malaysia 2021 lalu apabila bertemu sekali lagi pada aksi Sumbangsih, 26 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, selaku juara Liga Super musim lalu, JDT akan menjadi tuan rumah aksi tersebut di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

Stuart turut memaklumkan tiada sebarang kiraan mata diambil pada keputusan perlawanan tersebut.

Perlawanan itu pastinya menjadi tumpuan peminat bola sepak yang menyifatkan ia umpama ulangan final Piala Malaysia 2021.

Dalam aksi final itu, anak buah Bojan Hodak melakar kejutan apabila menewaskan barisan bintang JDT dengan keputusan 2-0.

JDT gah beraksi tujuh kali dalam perlawanan Sumbangsih bermula 2015 sehinggalah 2021 dengan hanya tewas sekali di tangan Kedah pada 2017 menerusi penentuan sepakan penalti. – Malaysiapost

Google+ Linkedin

Komen